lovelyfragrance

Hanya setitik haruman One Drop Perfumes, anda harum sepanjang hari...

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PEMBELIAN MELALUI BLOG LOVELYFRAGRANCE


KANDUNGAN BLOG LOVELYFRAGRANCE

LOVELYFRAGRANCE merupakan medium untuk mengedar dan menjual produk-produk di bawah jenama One Drop Perfumes dan produk-produk yang dijual di dalam blog ini diperolehi melalui stokis berdaftar One Drop Perfumes. LOVELYFRAGRANCE berusaha untuk memberi maklumat lengkap yang diperolehi daripada pengeluar One Drop Perfumes mengenai produk termasuk gambar-gambar yang dipaparkan melalui blog ini serta keterangan yang berkaitan mengenai produk. Gambar-gambar yang dipaparkan diperolehi melalui hasil rakaman yang dilakukan oleh LOVELYFRAGRANCE atau pun melalui medium lain. Semua tanda niaga One Drop Perfumes adalah dimiliki oleh pengeluar One Drop Perfumes.


HARGA

LOVELYFRGARANCE menawarkan produk-produk di bawah jenama One Drop Perfumes untuk dijual berdasarkan harga yang ditetapkan oleh pengeluar One Drop Perfumes.


CARA MEMBUAT PESANAN

Pesanan boleh dibuat melalui emel kepada eqynn.nur@gmail.com. Sila nyatakan dengan jelas nama penuh, nombor telefon untuk dihubungi, alamat lengkap untuk penghantaran, kod produk, saiz produk dan kuantiti produk yang dipesan mengikut kod. Kegagalan anda mengemukakan maklumat yang lengkap akan mengakibatkan proses penghantaran pesanan terganggu.

LOVELYFRAGRANCE akan menghantar maklumat berhubung jumlah harga keseluruhan yang perlu dijelaskan melalui emel atau telefon.


CARA PEMBAYARAN

Apabila pembelian telah dipersetujui, anda perlu membuat pembayaran penuh melalui akaun bank yang dimaklmkan melalui emel kelak. Pesanan hanya akan diproses dan dihantar selepas pembayaran penuh dijelaskan.


CARA DAN KOS PENGHANTARAN

Penghantaran tempatan dibuat melalui Pos Laju dan kos yang dikenakan adalah berdasarkan berat dan destinasi penghantaran.

Penghantaran luar daripada Malaysia hanya dibuat jika terdapat pesanan atau permintaan. Maklumat lanjut akan dimaklumkan secara khusus melalui emel sekiranya terdapat permintaan.

Untuk makluman, penghantaran pesanan dibuat setiap hari Isnin setiap minggu atau hari berikutnya jika hari Isnin tersebut adalah cuti umum.


TEMPOH PENGHANTARAN

Tempoh penghantaran adalah tertakluk kepada simpanan stok pengedar dan stokis serta tempoh masa penghantaran yang ditetapkan oleh Pos Laju bagi setiap destinasi.

PERTANYAAN

Pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai blog LOVELYFRAGRANCE dan produk One Drop Perfumes boleh dihantar melalui emel: eqynn.nur@gmail.com

MAKLUMAT PRODUK

LELAKI




WANITA



10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI PRODUK ONE DROP PERFUMES?

Penggunaan setitik akan memberi kesan haruman kepada tubuh anda untuk sepanjang hari.

Diformulasikan daripada pati miyak wangi tanpa campuran alkohol dan air.

Alternatif kepada pengguna Muslim yang mahu menggunakan minyak wangi semasa bersolat.

Alternatif kepada pengguna yang mempunyai alahan dengan minyak wangi beralkohol.

Diinspirasikan daripada jenama minyak wangi antarabangsa.

Penggunaan botol “Miniature Roll On” mengandungi 2.75 ml pati minyak wangi yang fleksibel unuk di bawa ke mana-mana.

Setiap pek besar mengandungi 8 jenis wangian berbeza dan boleh diperolehi dengan harga serendah RM40-00 (SM) / RM45-00 (SS).

Setiap pek mini pula mengandungi 4 jenis wangian berbeza dan boleh diperolehi dengan harga serendah RM25-00 (SM) / RM28-00 (SS).

Koleksi haruman yang dikenali ramai tanpa perlu berbelanja besar dan menjimatkan untuk memenuhi keperluan peribadi.

Rekabentuk produk yang menarik dan eksklusif, sesua dijadikan sebagai hadiah kepada insan-insan istimewa dalam hidup anda.




For more widgets please visit www.yourminis.com




For more widgets please visit www.yourminis.com






ShoutMix chat widget



Subscribe in a reader



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner



Senarai Blog Saya

Pengikut